KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi berhenti secara tergesa-gesa sejauh 200 meter dari sekatan jalan raya yang dilakukan di kampung itu.
"Pemandu dan penumpang kereta itu bertindak melarikan diri manakala pemeriksaan pada but kenderaan yang ditinggalkan itu menemukan 26 peket plastik lut sinar disyaki dadah yang diletakkan di dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam ," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata susulan itu, pihaknya melakukan empat serbuan pada hari sama hingga semalam dan menahan keempat-empat lelaki itu yang berusia 16 hingga 30 tahun di Pasir Mas.
Beliau berkata mereka direman hingga 13 Jan ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.
Dalam kes lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut menahan dua pemandu lori berusia 28 tahun di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli, semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.
"Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000 kilogram daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif terhadap dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Muhamad Zaki (dua, kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada 25.50 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin bernilai RM1.4 juta yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.
APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
AWANI Borneo [25/05/2024] – Pengiktirafan | Sekat berita palsu | Filem pendek Gawai
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Warisan ada hak tentukan rakan kerjasama - Shafie
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa pun bentuk gabungan politik yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah oleh parti-parti politik di negeri itu, keputusannya masih tertakluk di bawah kuasa rakyat.
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Kuching dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Menter-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Kemudahan Chatbot menerusi aplikasi WhatsApp milik Meta itu akan berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan di aplikasi berkenaan.
Warisan tekad rampas kerusi DUN Sindumin
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu akan merampas kembali kerusi DUN Sindumin yang dimenangi parti itu sebelum pemenangnya Datuk Yusof Yacob bertindak menyertai GRS
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Gabungan Media Malaysia di Sarawak
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Gabungan Media Malaysia berlangsung di Sarawak sempena Hari Wartawan Nasional 2024.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Lapan lagi ahli Geng Upik termasuk bekas anggota polis diburu
Lapan termasuk seorang bekas anggota polis yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dikenali Geng Upik sedang diburu polis.
Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan
Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dan memproses dadah selepas menahan enam individu termasuk dalam serbuan sekitar Lembah Klang.
Sindiket pengedaran dadah melalui Telegram tumpas
Polis membongkar satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja di aplikasi Telegram dengan penahanan empat lelaki warga tempatan di kawasan Taman Perindustrian Glenmerie, Ahad lepas.